Sunday 17 February 2013

Menangis di Tikar Sejadah

Posted by shakirah at 10:14
Malam ni mate nie xnak tutup. Tiba2 rasa sebak menjelma.. Tak tahu kenapa tp air mata keluar bercucuran..
Shak cuba tenangkan hati, tinggalkn segala nota2 yg tengah bace and kuar pegi toilet, amik wudhu' pastu buat solat hajat.. Ya Allah, shak nanges dan nanges berdoa kepada Allah.. malam nie rasa sayu sngat. rasa mcm ada something yg x lepas dlm diri nie. shak tadah tgn berdoa pd Allah supaya tenangkan hati ini, berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan... Alahmdulillah, shak dapt ketenangan yg dicari :)

Shak ade terjumpa post pasal solat hajat.. sekiranya kita menginginkan sesuatu or ade masalah, mohonlah pd Allah..sesungguhnya DIA maha memberi segala apa yang umatnya pinta :")


Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.”    (Riwayat At-Tarmizi)
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.”

Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah SWT disertakan dengan niat apa yang dihajati atau hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah dimakbulkan.
.
Solat hajat boleh didirikan secara bersendirian atau berjemaah, sama ada pada waktu siang maupun malam hari. Lebih afdal solat bersendirian sewaktu suasana sunyi selepas tengah malam (selepas 2/3 malam, iaitu 1/3 malam terakhir) kerana ianya lebih berkesan, lebih khusyuk dan amat hening suasananya.


kepada semua kawan2, amalknlah solat hajat dlm kehidupan. Bnyk kelebihan yg dapat kita perolehi :")
Wallahu A’lam Bish Shawab

0 comments:

Post a Comment

 

FOOTPRINTS Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea